Monday, November 22, 2010

aManAh & taNgGungJawaB...


Sejarah dalam hidup aku bila aku di arahkan untuk menegur dan mengubah sikap dan tabiat manusia. Sesuatu yang agak sukar bagi aku. Aku bukanlah seorang yang sesuai untuk membentuk peribadi yang baik. Sedangkan aku pun masih bertatih mencari kekuatan untuk meneruskan langkah yang seterusnya. Masih tercari2 arah dan tujuan yang memerlukan bimbingan dan panduan. Mana mungkin aku yang sebegini boleh memimpin. Keterampilan yang dilihat dari luaran tak semestinya menggambarkan dalaman. Andai dibuka isi hati yang bersarang dalam dada ni tak siapa menyangka…inikah ‘zainab’… hem, keluhan demi keluhan dilemparkan. Bukti betapa amanah dan tanggungjawab ini bukan sesuatu yang mampu ku galas. Bagaimana dapat ku mengertikan mereka2 di luar sana??? Aku bukan seperti yang kalian lihat. Aku punya masa dan ketika dimana aku juga tersungkur dan amat perit bagi ku untuk kembali berdiri. Dan pada ketika itu, aku sangat2 memerlukan pendamping. Sekian lama… dan akhirnya aku menyedari diri ini kembali jua pada pencipta yang Esa. Apa dengan itu, aku layak untuk dipertanggungjawabkan??? Hem..keluhan demi keluhan… Seseungguhnya aku tidak mampu. Tapi andai itu permintaan..ikhlas dari hati seorang yang bergelar ibu… aku akan cuba sedaya upaya, sehabis kudrat.. sekiranya aku mampu bertahan akan ku pertahankan. Akan ku bajai dengan semaian yang subur. Moga dengan itu kalian bisa bahagia dan hidup dengan tenang. Akan kugalas tanggungjawab itu. Tapi, seandainya ku terkandas di pertengahan, ku mohon pada mu ibu… jgn diri ini dipersalahkan. Hakikatnya, aku juga insan biasa yang punya tanggungjawab kepada-NYA…

p/s : Aku Insan y x sEmPurNa~

@8.53am

No comments: